Thursday, 19 January 2012

Bahagian 2: Amaran Jangan Mengikuti Hawa Nafsu (18bait)

Maulaya Solli Wa Sallim Daiman Abada
Ala Habibika Khairil Khalkhi Kul Lihimi
(Wahai Tuhanku, curahkanlah selalu selawat dan salamMu kepada kekasihMu (Muhammad) sebaik-baik makhluk keseluruhannya)

Ya Rabbi Bil Mustofa Balligh Makhasidana
Waghfir Lana Ma Madzho Ya Wasial Karomi
(Wahai Tuhanku, dengan berkat Nabi Muhammad yang terpilih, Engkau sampaikanlah kiranya segala hajat-hajat kami dan ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu. Wahai Tuhan yang sangat luas kemurahanNya)

  • Engkau bersungguh-sungguh memberikan nasihat kepadaku, namun aku masih tidak mahu mendengarnya. Begitulah agaknya orang yang dimabuk cinta sudah menjadi tuli dari celaan

  • Aku masih curiga terhadap nasihat uban yang putih di kepalaku. Padahal kedatangan uban tidak perlu dicurigai

  • Sesungguhnya nafsu Ammarah yang bertapak di lubuk hatiku masih belum mahu menerima nasihat, kerana jahilnya dari peranan peringatan yang dibawa oleh uban dan hari tua

  •  Kelihatan diriku masih belum membuat apa persiapan ( amal soleh) untuk meraikan tetamu (uban) yang telah lama bertapak di kepalaku dan nampaknya tetamu itu sudah tidak mahu beredar dari situ

  • Seandainya aku tahu bahawa aku belum dapat menghormati tatamu tadi (uban), sudah tentu uban itu kututupi dengan inai

  • Siapakah kiranya yang dapat menolongku untuk mengawal keganasan nafsu, sepertimana kuda yang garang itu dapat dikawal dengan tali hidungnya

  • Maka janganlah engkau sekali-kali mengharapkan nafsu itu dapat dikalahkan dengan memperturutkan kehendaknya, bagaikan makanan tidak akan dapat memuaskan nafsu makan, bahkan ketagihan bila diberi makan   
  
  • Nafsu itu tidak ubahnya seperti anak kecil yang masih menyusu. Kalau dibiarkan ia akan terus menyusu sampai ke tua, tetapi jika engkau berhentikan, ia akan berhenti

  • Maka kendalikanlah hawa nafsu dan jangan diberikan kesempatan kepadanya untuk menguasai engkau, kerana jika ia berkuasa sudah pasti ia akan membuta dan menulikanmu

  • Jagalah nafsumu baik-baik walaupun ia berlegar dalam ruang ketaatan, kerana bila ia sudah menguasai suasana ia akan memesongkan tujuan ketaatan. Maka jangan engkau lengah dari mengawasinya

  • Berapa banyak ia telah menipu orang Ia telah menyajikan makanan yang kelihatannya segar, padahal didalamnya ada racun yang membunuh. Bukankah racun itu selalunya diletakkan pada makanan yang berlemak-lemak (sedap)

  • Oleh itu curigailah kamu dari helahnya, sama ada melalui lapar atau kenyang, kerana barangkali lapar itu lebih jahat dari kenyang  

  • Biarlah airmata mu kering dari menangisi dosa, kerana sudah sekian lama ia kenyang dengan maksiat. Dan tetaplah engkau menjaga penyesalannya (taubatnya)

  • Lawanlah nafsu dan syaitan dan jangan engkau turuti keduanya. Seandainya keduanya menasihatimu, maka jangan engkau hiraukan

  • Jangan engkau ikuti keduanya sama ada sebagai musuh atau sebagai hakim kerana engkau tahu bagaimana helah musuh dan permainan hakim

  • Aku meminta ampun akan Allah dari dosa perkataan yang tidak diiringi dengan amalan, kerana hal itu sama dengan mencari keturunan dengan cara berkahwian dengan orang yang mandul

  • Dosaku terlalu berat, kerana aku menyuruh engkau melakukan kebaikan tatapi aku tidak melakukannya. Dan aku menyuruh engkau Istiqamah (tetap pendirian) tetapi aku sendiri belum tetap pendirian

  • Duhai malangnya nasibku, bila bekalan belum dibuat untuk menghadapi kematian dan sebenarnya aku tidak sembahyang atau puasa kecuali yang wajib-wajib sahaja

Maulaya Solli Wa Sallim Daiman Abada
Ala Habibika Khairil Khalkhi Kul Lihimi
(Wahai Tuhanku, curahkanlah selalu selawat dan salamMu kepada kekasihMu (Muhammad) sebaik-baik makhluk keseluruhannya)

Ya Rabbi Bil Mustofa Balligh Makhasidana
Waghfir Lana Ma Madzho Ya Wasial Karomi
(Wahai Tuhanku, dengan berkat Nabi Muhammad yang terpilih, Engkau sampaikanlah kiranya segala hajat-hajat kami dan ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu. Wahai Tuhan yang sangat luas kemurahanNya)  
  
Qasidah Al Imam Muhammad Bin Said Al Bushiri (608-696H)
       

No comments:

Post a Comment