Friday, 20 January 2012

Bahagian 3: Puji- Pujian Kepada Baginda (30bait)


Maulaya Solli Wa Sallim Daiman Abada
Ala Habibika Khairil Khalkhi Kul Lihimi
(Wahai Tuhanku, curahkanlah selalu selawat dan salamMu kepada kekasihMu (Muhammad) sebaik-baik makhluk keseluruhannya)

Ya Rabbi Bil Mustofa Balligh Makhasidana
Waghfir Lana Ma Madzho Ya Wasial Karomi
(Wahai Tuhanku, dengan berkat Nabi Muhammad yang terpilih, Engkau sampaikanlah kiranya segala hajat-hajat kami dan ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu. Wahai Tuhan yang sangat luas kemurahanNya)
  
  • Aku telah menzalimi sunnah Nabi SAW yang telah menghidupkan kegelapan malam dengan ibadat sehingga kedua belah kakinya mengadu kesakitan kerana bengkak

  • Baginda mengikat perutnya jika terasa sangat lapar dan Baginda menganjal perutnya yang berkulit halus itu dengan batu (bagi mengurangkan tajamnya lapar)

  • Gunung ganang yang tinggi telah merayu menawarkan diri menjadi emas, tetapi Baginda enggan menerima tawaran itu seenggan enggannya

  •  kehidupan yang telah terlatih dengan penderitaan telah memperkuatkan kezuhudannya. Sesungguhnya keperluan yang mendesak masih belum dapat mempengaruhi pendirian jiwa-jiwa yang terpilih

  • Bagaimana dunia dapat mempengaruhi Baginda, sedangkan kalau bukan kerana Baginda maka dunia tidak akan keluar dari ketiadaannya (ertinya: Dunia tidak akan dicipta oleh Allah SWT.)

  • Nabi Muhammad SAW itu adalah penghulu dua alam ( dunia dan akhirat), penghulu jin dan manusia dan pemimpin bangsa Arab dan bangsa Ajam (selain Arab)

  • Nabi kami yang menyuruh dengan kebaikan dan melarang dari kemungkaran. Maka tiada seorang juapun yang lebih baik perkataannya dari Baginda, sama mengatakan "ya" atau "tidak"

  • Baginda adalah kekasih tercinta yang sangat diharapkan syafaatnya untuk menyelamatkan kita dari segala rasa kebimbangan yang menyelubungi hati

  • Baginda mengajak umat ke jalan Allah. Maka sesiapa yang berpegang teguh dengan ajarannya, bererti ia telah berpegang teguh dengan tali yang kuat yang tidak akan terputus

  • Baginda melebihi segala nabi, baik pada ciptaan badannya mahupun budi perkertinya. Dan mereka tidak dapat mendekatinya, baik pada ilmunya mahupun pada kemurahannya

  • Para Anbiya semuanya mengambil dari ilmu Baginda, sama ada satu cebuk dari lautan ilmunya atau sau teguk dari ilmunya yang melimpah-limpah seakan-akan hujan lebat

  • Mereka semua berada di batas-batas yang telah ditentukan, sama ada pada "titik" suatu ilmu ataupun hanya pada "baris" suatu hikmah

  • Bagindalah nabi yang sempurna jiwa dan raganya kemudian dipilih oleh Allah, Tuhan Pencipta makhluk sebagai kekasihNya

  • Segala keindahannya tiada tercabar, maka keindahan permata yang ada padanya tak pernah dibahagikan kepada orang lain

  • Tinggalkan cara orang Nasrani(Kristian) dalam menyanjung nabi mereka (Nabi Isa AS) (ertinya: Jangan katakan Nabi Muhammad itu mempunyai sifat-sifat ketuhanan) Selepas itu terserah padamu untuk memuji Baginda sesuka hati

  • Pujilah kemuliaan zatnya sesuka hatimu. Dan pujilah segala keagungannya sekehendakmu

  • Kerana keagungan Rasulullah itu tiada had baginya, lalu lidah dapat mengungkapkan segal keistimewaannya dengan bahasa yang indah

  • Jikalau bersesuaian tanda-tanda Baginda dengan kehebatan maartabatnya yang sebenar, sudah tentu hanya menyebut namanya tulang belulang yang sudah reput akan dapat dihidupkan semula

  • Baginda tidak menguji kita dengan syariat yang tidak dapat difikiri oleh akal kerana Baginda sangat mengharapkan keimanan kita. Oleh itu kita tidak jadi ragu dan cemas

  • Namun demikian, makhluk adalah tetap tidak mampu memahami hakikat Baginda yang sebenar. Baik yang dekat ataupun jauh, tiada seorang juapun yang mampu memahaminya

  • Bagaikan matahari nampak dari jauh seakan-akan benda yang mengecil, tetapi sinaranya telah dapat menumpulkan ketajaman pandangan orang yang melihatnya

  • Bagaimana dapat diketahui hakikat Baginda SAW oleh kaum yang banyak tidur, hanyut dalam impian dan merasa cukup kalau sudah dapat bertemu dengan Rasulullah SAW melalui mimpi sahaja

  • Kemuncak pengetahuan merea tentang dirinya mereka hanay mampu mengatakan bahawa Baginda itu seorang manusia yang merupakan sebaik-baik makhluk Allah keseluruhannya

  • Segala mukjizat yang dibawa oleh para Rasul yang mulia itu adalah sebahagian dari rangkaian "NUR" Baginda yang agung

  • Bagindalah matahari keutamaan dan para Rasul itu laksana bintang yang hanya dapat menampakkan cahayanya disaat ketiadaan cahaya matahari

  • Alangkah mulianya diri Nabi yang dihiasi akhlak terpuji. Indah pekertinya dan indah ciptaan badannya. Senyuman manis selalu tidak lekang dari bibirnya

  • Lembutnya bagaikan bunga, kemuliaannya, kemurahannya bagaikan lautan dan cita-citanya sepanjang masa

  • Daripada haibah yang ada pada diri baginda bila engkau melihatnya maka seakan-akan Baginda dikerumuni oleh sepasukan tentera dan para pembantu yang banyak

  • Apabila Baginda bercakap maka percakapannya itu keluar dari mulutnya sambil diiringi senyumannya yang manis itu. Maka indahnya gabungan percakapan dan senyuman itu laksana mutiara indah yang kelihatan diapit oelh kulit kerangnya

  • Tidak ada minyak wangi seharum tanah yang mengelilingi jasad Baginda di dalam kubur. Maka untunglah siapa yang dapat menciumnya dan menyapukannay ke muka
Maulaya Solli Wa Sallim Daiman Abada
Ala Habibika Khairil Khalkhi Kul Lihimi
(Wahai Tuhanku, curahkanlah selalu selawat dan salamMu kepada kekasihMu (Muhammad) sebaik-baik makhluk keseluruhannya)

Ya Rabbi Bil Mustofa Balligh Makhasidana
Waghfir Lana Ma Madzho Ya Wasial Karomi
(Wahai Tuhanku, dengan berkat Nabi Muhammad yang terpilih, Engkau sampaikanlah kiranya segala hajat-hajat kami dan ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu. Wahai Tuhan yang sangat luas kemurahanNya)

Qasidah Al Imam Muhammad Bin Said Al Bushiri (608-696H)
 

No comments:

Post a Comment