Sunday 12 February 2012

Bahagian 4: Peristiwa di sekitar kelahiran Baginda SAW(13bait)

Maulaya Solli Wa Sallim Daiman Abada
Ala Habibika Khairil Khalkhi Kul Lihimi
(Wahai Tuhanku, curahkanlah selalu selawat dan salamMu kepada kekasihMu (Muhammad) sebaik-baik makhluk keseluruhannya)

Ya Rabbi Bil Mustofa Balligh Makhasidana
Waghfir Lana Ma Madzho Ya Wasial Karomi
(Wahai Tuhanku, dengan berkat Nabi Muhammad yang terpilih, Engkau sampaikanlah kiranya segala hajat-hajat kami dan ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu. Wahai Tuhan yang sangat luas kemurahanNya)

  • Kelahiran Baginda SAW membuktikan kebaikan asal keturunannnya. Alangkah bahagianya orang yang baik permulaan keturunannya (Nabi Adam Alaihissalam) dan baik hujung keturunannya (Sayyidana Abdullah B Abdul Mutalib)
 
  • Dikala itu, orang-orang Parsi telah menduka bahawa mereka pasti akan ditimpa bencana dan penderitaan.
 
  • Iwan (singgahsana) Kisra (Raja Parsi) menjadi retak dan pendukungnya menjadi bercerai berai.
 
  • Api sembahan mereka terpadam kerana kesusahan dan mata air sungai (Sungai Furat/ Euphrates) menjadi kering kerana kesedihan.
 
  • Buruk sekali nasib penduduk di sekitar Tasik "Sawat". Airnya menjadi kering meresap ke dalam bumi dan pengunjungnya yang haus terpaksa pulang dalam keadaan yang sangat marah.
 
  • Seakan akan air yang basah (Tasik Sawat) menjadi kering kerana sedih dan seolah-olah api yang menyala (api sembahan Majusi) menjadi padam kerana dukacita.
 
  • Manakala bangsa jin pula berteriak-teriak memberitahu kelahiran manusia agung. Cahaya benderang memancar ke langit. Ini petanda kebenaran tidak lama lagi akan muncul, baik melalui ucapan atau keadaan.
 
  • Namun hati yang keras tetap buta dan tuli dari mendengar berita kebenaran dan tidak ambil peduli melihat cahaya amaran.
 
  • Setelah ramai kalangan yang mendapat berita dari pendita-pendita mereka, bahawa agama mereka yang tidak lurus itu tidak akan tertegak lagi.
 
  • Dan setelah mereka menyaksikan tahi bintang yang dilemparkan dari ufuk langit, berbetulan dengan robohnya berhala-berhala yang ada di muka bumi.
 
  • Sehingga syaitan-syaitan itu lari berselerak, yang satu mengiringi yang lain, kerana mengelak dari arus wahyu yang diturunkan.
 
  • Mereka lari kucar kacir laksana tentera Abrahah atau bagaikan tentera musyrikin yang telah dilemparkan batu kecil oleh kedua tangan Baginda SAW
 
  • Anak batu itu dilemparkan setelah ia bertasbih di di kedua tapak tangan Baginda SAW, seperti meluncurnya seorang yang membaca tasbih (Nabi Yusus Alaihissalam) dari perut ikan
 
Maulaya Solli Wa Sallim Daiman Abada
Ala Habibika Khairil Khalkhi Kul Lihimi
(Wahai Tuhanku, curahkanlah selalu selawat dan salamMu kepada kekasihMu (Muhammad) sebaik-baik makhluk keseluruhannya)

Ya Rabbi Bil Mustofa Balligh Makhasidana
Waghfir Lana Ma Madzho Ya Wasial Karomi
(Wahai Tuhanku, dengan berkat Nabi Muhammad yang terpilih, Engkau sampaikanlah kiranya segala hajat-hajat kami dan ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu. Wahai Tuhan yang sangat luas kemurahanNya)

Qasidah Al Imam Muhammad Bin Said Al Bushiri (608-696H)

Friday 20 January 2012

Bahagian 3: Puji- Pujian Kepada Baginda (30bait)

Maulaya Solli Wa Sallim Daiman Abada
Ala Habibika Khairil Khalkhi Kul Lihimi
(Wahai Tuhanku, curahkanlah selalu selawat dan salamMu kepada kekasihMu (Muhammad) sebaik-baik makhluk keseluruhannya)

Ya Rabbi Bil Mustofa Balligh Makhasidana
Waghfir Lana Ma Madzho Ya Wasial Karomi
(Wahai Tuhanku, dengan berkat Nabi Muhammad yang terpilih, Engkau sampaikanlah kiranya segala hajat-hajat kami dan ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu. Wahai Tuhan yang sangat luas kemurahanNya)
  
  • Aku telah menzalimi sunnah Nabi SAW yang telah menghidupkan kegelapan malam dengan ibadat sehingga kedua belah kakinya mengadu kesakitan kerana bengkak

  • Baginda mengikat perutnya jika terasa sangat lapar dan Baginda menganjal perutnya yang berkulit halus itu dengan batu (bagi mengurangkan tajamnya lapar)

  • Gunung ganang yang tinggi telah merayu menawarkan diri menjadi emas, tetapi Baginda enggan menerima tawaran itu seenggan enggannya

  •  kehidupan yang telah terlatih dengan penderitaan telah memperkuatkan kezuhudannya. Sesungguhnya keperluan yang mendesak masih belum dapat mempengaruhi pendirian jiwa-jiwa yang terpilih

  • Bagaimana dunia dapat mempengaruhi Baginda, sedangkan kalau bukan kerana Baginda maka dunia tidak akan keluar dari ketiadaannya (ertinya: Dunia tidak akan dicipta oleh Allah SWT.)

  • Nabi Muhammad SAW itu adalah penghulu dua alam ( dunia dan akhirat), penghulu jin dan manusia dan pemimpin bangsa Arab dan bangsa Ajam (selain Arab)

  • Nabi kami yang menyuruh dengan kebaikan dan melarang dari kemungkaran. Maka tiada seorang juapun yang lebih baik perkataannya dari Baginda, sama mengatakan "ya" atau "tidak"

  • Baginda adalah kekasih tercinta yang sangat diharapkan syafaatnya untuk menyelamatkan kita dari segala rasa kebimbangan yang menyelubungi hati

  • Baginda mengajak umat ke jalan Allah. Maka sesiapa yang berpegang teguh dengan ajarannya, bererti ia telah berpegang teguh dengan tali yang kuat yang tidak akan terputus

  • Baginda melebihi segala nabi, baik pada ciptaan badannya mahupun budi perkertinya. Dan mereka tidak dapat mendekatinya, baik pada ilmunya mahupun pada kemurahannya

  • Para Anbiya semuanya mengambil dari ilmu Baginda, sama ada satu cebuk dari lautan ilmunya atau sau teguk dari ilmunya yang melimpah-limpah seakan-akan hujan lebat

  • Mereka semua berada di batas-batas yang telah ditentukan, sama ada pada "titik" suatu ilmu ataupun hanya pada "baris" suatu hikmah

  • Bagindalah nabi yang sempurna jiwa dan raganya kemudian dipilih oleh Allah, Tuhan Pencipta makhluk sebagai kekasihNya

  • Segala keindahannya tiada tercabar, maka keindahan permata yang ada padanya tak pernah dibahagikan kepada orang lain

  • Tinggalkan cara orang Nasrani(Kristian) dalam menyanjung nabi mereka (Nabi Isa AS) (ertinya: Jangan katakan Nabi Muhammad itu mempunyai sifat-sifat ketuhanan) Selepas itu terserah padamu untuk memuji Baginda sesuka hati

  • Pujilah kemuliaan zatnya sesuka hatimu. Dan pujilah segala keagungannya sekehendakmu

  • Kerana keagungan Rasulullah itu tiada had baginya, lalu lidah dapat mengungkapkan segal keistimewaannya dengan bahasa yang indah

  • Jikalau bersesuaian tanda-tanda Baginda dengan kehebatan maartabatnya yang sebenar, sudah tentu hanya menyebut namanya tulang belulang yang sudah reput akan dapat dihidupkan semula

  • Baginda tidak menguji kita dengan syariat yang tidak dapat difikiri oleh akal kerana Baginda sangat mengharapkan keimanan kita. Oleh itu kita tidak jadi ragu dan cemas

  • Namun demikian, makhluk adalah tetap tidak mampu memahami hakikat Baginda yang sebenar. Baik yang dekat ataupun jauh, tiada seorang juapun yang mampu memahaminya

  • Bagaikan matahari nampak dari jauh seakan-akan benda yang mengecil, tetapi sinaranya telah dapat menumpulkan ketajaman pandangan orang yang melihatnya

  • Bagaimana dapat diketahui hakikat Baginda SAW oleh kaum yang banyak tidur, hanyut dalam impian dan merasa cukup kalau sudah dapat bertemu dengan Rasulullah SAW melalui mimpi sahaja

  • Kemuncak pengetahuan merea tentang dirinya mereka hanay mampu mengatakan bahawa Baginda itu seorang manusia yang merupakan sebaik-baik makhluk Allah keseluruhannya

  • Segala mukjizat yang dibawa oleh para Rasul yang mulia itu adalah sebahagian dari rangkaian "NUR" Baginda yang agung

  • Bagindalah matahari keutamaan dan para Rasul itu laksana bintang yang hanya dapat menampakkan cahayanya disaat ketiadaan cahaya matahari

  • Alangkah mulianya diri Nabi yang dihiasi akhlak terpuji. Indah pekertinya dan indah ciptaan badannya. Senyuman manis selalu tidak lekang dari bibirnya

  • Lembutnya bagaikan bunga, kemuliaannya, kemurahannya bagaikan lautan dan cita-citanya sepanjang masa

  • Daripada haibah yang ada pada diri baginda bila engkau melihatnya maka seakan-akan Baginda dikerumuni oleh sepasukan tentera dan para pembantu yang banyak

  • Apabila Baginda bercakap maka percakapannya itu keluar dari mulutnya sambil diiringi senyumannya yang manis itu. Maka indahnya gabungan percakapan dan senyuman itu laksana mutiara indah yang kelihatan diapit oelh kulit kerangnya

  • Tidak ada minyak wangi seharum tanah yang mengelilingi jasad Baginda di dalam kubur. Maka untunglah siapa yang dapat menciumnya dan menyapukannay ke muka
Maulaya Solli Wa Sallim Daiman Abada
Ala Habibika Khairil Khalkhi Kul Lihimi
(Wahai Tuhanku, curahkanlah selalu selawat dan salamMu kepada kekasihMu (Muhammad) sebaik-baik makhluk keseluruhannya)

Ya Rabbi Bil Mustofa Balligh Makhasidana
Waghfir Lana Ma Madzho Ya Wasial Karomi
(Wahai Tuhanku, dengan berkat Nabi Muhammad yang terpilih, Engkau sampaikanlah kiranya segala hajat-hajat kami dan ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu. Wahai Tuhan yang sangat luas kemurahanNya)

Qasidah Al Imam Muhammad Bin Said Al Bushiri (608-696H)
 
Thursday 19 January 2012

Bahagian 2: Amaran Jangan Mengikuti Hawa Nafsu (18bait)

Maulaya Solli Wa Sallim Daiman Abada
Ala Habibika Khairil Khalkhi Kul Lihimi
(Wahai Tuhanku, curahkanlah selalu selawat dan salamMu kepada kekasihMu (Muhammad) sebaik-baik makhluk keseluruhannya)

Ya Rabbi Bil Mustofa Balligh Makhasidana
Waghfir Lana Ma Madzho Ya Wasial Karomi
(Wahai Tuhanku, dengan berkat Nabi Muhammad yang terpilih, Engkau sampaikanlah kiranya segala hajat-hajat kami dan ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu. Wahai Tuhan yang sangat luas kemurahanNya)

  • Engkau bersungguh-sungguh memberikan nasihat kepadaku, namun aku masih tidak mahu mendengarnya. Begitulah agaknya orang yang dimabuk cinta sudah menjadi tuli dari celaan

  • Aku masih curiga terhadap nasihat uban yang putih di kepalaku. Padahal kedatangan uban tidak perlu dicurigai

  • Sesungguhnya nafsu Ammarah yang bertapak di lubuk hatiku masih belum mahu menerima nasihat, kerana jahilnya dari peranan peringatan yang dibawa oleh uban dan hari tua

  •  Kelihatan diriku masih belum membuat apa persiapan ( amal soleh) untuk meraikan tetamu (uban) yang telah lama bertapak di kepalaku dan nampaknya tetamu itu sudah tidak mahu beredar dari situ

  • Seandainya aku tahu bahawa aku belum dapat menghormati tatamu tadi (uban), sudah tentu uban itu kututupi dengan inai

  • Siapakah kiranya yang dapat menolongku untuk mengawal keganasan nafsu, sepertimana kuda yang garang itu dapat dikawal dengan tali hidungnya

  • Maka janganlah engkau sekali-kali mengharapkan nafsu itu dapat dikalahkan dengan memperturutkan kehendaknya, bagaikan makanan tidak akan dapat memuaskan nafsu makan, bahkan ketagihan bila diberi makan   
  
  • Nafsu itu tidak ubahnya seperti anak kecil yang masih menyusu. Kalau dibiarkan ia akan terus menyusu sampai ke tua, tetapi jika engkau berhentikan, ia akan berhenti

  • Maka kendalikanlah hawa nafsu dan jangan diberikan kesempatan kepadanya untuk menguasai engkau, kerana jika ia berkuasa sudah pasti ia akan membuta dan menulikanmu

  • Jagalah nafsumu baik-baik walaupun ia berlegar dalam ruang ketaatan, kerana bila ia sudah menguasai suasana ia akan memesongkan tujuan ketaatan. Maka jangan engkau lengah dari mengawasinya

  • Berapa banyak ia telah menipu orang Ia telah menyajikan makanan yang kelihatannya segar, padahal didalamnya ada racun yang membunuh. Bukankah racun itu selalunya diletakkan pada makanan yang berlemak-lemak (sedap)

  • Oleh itu curigailah kamu dari helahnya, sama ada melalui lapar atau kenyang, kerana barangkali lapar itu lebih jahat dari kenyang  

  • Biarlah airmata mu kering dari menangisi dosa, kerana sudah sekian lama ia kenyang dengan maksiat. Dan tetaplah engkau menjaga penyesalannya (taubatnya)

  • Lawanlah nafsu dan syaitan dan jangan engkau turuti keduanya. Seandainya keduanya menasihatimu, maka jangan engkau hiraukan

  • Jangan engkau ikuti keduanya sama ada sebagai musuh atau sebagai hakim kerana engkau tahu bagaimana helah musuh dan permainan hakim

  • Aku meminta ampun akan Allah dari dosa perkataan yang tidak diiringi dengan amalan, kerana hal itu sama dengan mencari keturunan dengan cara berkahwian dengan orang yang mandul

  • Dosaku terlalu berat, kerana aku menyuruh engkau melakukan kebaikan tatapi aku tidak melakukannya. Dan aku menyuruh engkau Istiqamah (tetap pendirian) tetapi aku sendiri belum tetap pendirian

  • Duhai malangnya nasibku, bila bekalan belum dibuat untuk menghadapi kematian dan sebenarnya aku tidak sembahyang atau puasa kecuali yang wajib-wajib sahaja

Maulaya Solli Wa Sallim Daiman Abada
Ala Habibika Khairil Khalkhi Kul Lihimi
(Wahai Tuhanku, curahkanlah selalu selawat dan salamMu kepada kekasihMu (Muhammad) sebaik-baik makhluk keseluruhannya)

Ya Rabbi Bil Mustofa Balligh Makhasidana
Waghfir Lana Ma Madzho Ya Wasial Karomi
(Wahai Tuhanku, dengan berkat Nabi Muhammad yang terpilih, Engkau sampaikanlah kiranya segala hajat-hajat kami dan ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu. Wahai Tuhan yang sangat luas kemurahanNya)  
  
Qasidah Al Imam Muhammad Bin Said Al Bushiri (608-696H)
       
Bahagian 1: Kerinduan kepada Baginda dan negeri Madinah Al-Munawwarah (10bait)

Maulaya Solli Wa Sallim Daiman Abada
Ala Habibika Khairil Khalkhi Kul Lihimi
(Wahai Tuhanku, curahkanlah selalu selawat dan salamMu kepada kekasihMu (Muhammad) sebaik-baik makhluk keseluruhannya)

Ya Rabbi Bil Mustofa Balligh Makhasidana
Waghfir Lana Ma Madzho Ya Wasial Karomi
(Wahai Tuhanku, dengan berkat Nabi Muhammad yang terpilih, Engkau sampaikanlah kiranya segala hajat-hajat kami dan ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu. Wahai Tuhan yang sangat luas kemurahanNya)
    
  • Apakah kerana teringat jiran yang tinggal di Dzi Salam (nama tempat di sekitar Madinah Al Munawwarah) sehingga engkau cucurkan airmata bercampur darah yang mengalir dari matamu
  • Ataukah kerana tiupan angin kencang yang berhembus dari arah Khazimah( nama tempat di sekitar Madinah Al-Munawwarah) atau kerana sinaran kilat yang membelah kegelapan malam dari Gunung Idham (nama tempat di sekitar Madinah Al Munawwarah)
  • Kenapakah kedua matamu tetap mencucurkan airmata, walaupun telah engkau katakan: "Tahanlah....jangan menangis". Dan mengapa hatimu tetap resah dan gelisah padahal telah engkau katakan kepadanya: "Tenanglah....jangan gelisah"
  • Apakah orang yang dimabuk cinta menyangka, bahawa cinta kasih dapat disembunyikan di sebalik cucuran airmata dan kegelisahan jiwa??
  • Kalaulah bukan kerana dalamnya cinta, tidaklah akan bercucuran air mata kekasih dan fikiranpun selalu melayang sehingga tidak dapat tidur kerana mengingati pohon "Al Baan" ( nama pohon yang berbau wangi yang banyak terdapat di Madinah) dan gunung "Al Alam" (nama gunung di Madinah)
  • Bagaimana hendak disembunyikan lagi suatu cinta yang telah dibuktikan oleh saksi adil, berupa cucuran airmata dan badan yang derita menanggung rindu
  • Rindumu sudah tidak dapat disembunyikan lagi, bila telah terukir di kedua pipimu kesan merah cucuran air mata laksana ranting Anam ( nama pohon yang mempunyai cabang yang banyak dan berwarna kemerah merahan) yang bercabang dua dan bila tubuhmu kurus kerana gelisah
  • Ya, dikeheningan malam khayalanku jauh melayang kepada kekasih, sehingga nak tidur pun susah. Begitulah sebenarnya cinta apabila telah bertapak di dalam hati, ia akan menukarkan segala kelazatan kepada derita
  • Wahai orang yang mencelaku, tentang cintaku. Sepatutnya orang yang dimabuk cinta ini dimaafkan sahaja atas keterlanjuranya. Andainya engkau sedar tentang derita orang yang bercinta sudah pasti engkau tidak akan mencelanya
  • Sebenarnya keadaanku jelas di hadapanmu dan sudah tiada satu rahsia pun yang masih tersembunyi dari mata orang-orang yang mencelaku, sebagaimana derita cintaku tiada pernah berkurang