Sunday 12 February 2012

Bahagian 4: Peristiwa di sekitar kelahiran Baginda SAW(13bait)

Maulaya Solli Wa Sallim Daiman Abada
Ala Habibika Khairil Khalkhi Kul Lihimi
(Wahai Tuhanku, curahkanlah selalu selawat dan salamMu kepada kekasihMu (Muhammad) sebaik-baik makhluk keseluruhannya)

Ya Rabbi Bil Mustofa Balligh Makhasidana
Waghfir Lana Ma Madzho Ya Wasial Karomi
(Wahai Tuhanku, dengan berkat Nabi Muhammad yang terpilih, Engkau sampaikanlah kiranya segala hajat-hajat kami dan ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu. Wahai Tuhan yang sangat luas kemurahanNya)

  • Kelahiran Baginda SAW membuktikan kebaikan asal keturunannnya. Alangkah bahagianya orang yang baik permulaan keturunannya (Nabi Adam Alaihissalam) dan baik hujung keturunannya (Sayyidana Abdullah B Abdul Mutalib)
 
  • Dikala itu, orang-orang Parsi telah menduka bahawa mereka pasti akan ditimpa bencana dan penderitaan.
 
  • Iwan (singgahsana) Kisra (Raja Parsi) menjadi retak dan pendukungnya menjadi bercerai berai.
 
  • Api sembahan mereka terpadam kerana kesusahan dan mata air sungai (Sungai Furat/ Euphrates) menjadi kering kerana kesedihan.
 
  • Buruk sekali nasib penduduk di sekitar Tasik "Sawat". Airnya menjadi kering meresap ke dalam bumi dan pengunjungnya yang haus terpaksa pulang dalam keadaan yang sangat marah.
 
  • Seakan akan air yang basah (Tasik Sawat) menjadi kering kerana sedih dan seolah-olah api yang menyala (api sembahan Majusi) menjadi padam kerana dukacita.
 
  • Manakala bangsa jin pula berteriak-teriak memberitahu kelahiran manusia agung. Cahaya benderang memancar ke langit. Ini petanda kebenaran tidak lama lagi akan muncul, baik melalui ucapan atau keadaan.
 
  • Namun hati yang keras tetap buta dan tuli dari mendengar berita kebenaran dan tidak ambil peduli melihat cahaya amaran.
 
  • Setelah ramai kalangan yang mendapat berita dari pendita-pendita mereka, bahawa agama mereka yang tidak lurus itu tidak akan tertegak lagi.
 
  • Dan setelah mereka menyaksikan tahi bintang yang dilemparkan dari ufuk langit, berbetulan dengan robohnya berhala-berhala yang ada di muka bumi.
 
  • Sehingga syaitan-syaitan itu lari berselerak, yang satu mengiringi yang lain, kerana mengelak dari arus wahyu yang diturunkan.
 
  • Mereka lari kucar kacir laksana tentera Abrahah atau bagaikan tentera musyrikin yang telah dilemparkan batu kecil oleh kedua tangan Baginda SAW
 
  • Anak batu itu dilemparkan setelah ia bertasbih di di kedua tapak tangan Baginda SAW, seperti meluncurnya seorang yang membaca tasbih (Nabi Yusus Alaihissalam) dari perut ikan
 
Maulaya Solli Wa Sallim Daiman Abada
Ala Habibika Khairil Khalkhi Kul Lihimi
(Wahai Tuhanku, curahkanlah selalu selawat dan salamMu kepada kekasihMu (Muhammad) sebaik-baik makhluk keseluruhannya)

Ya Rabbi Bil Mustofa Balligh Makhasidana
Waghfir Lana Ma Madzho Ya Wasial Karomi
(Wahai Tuhanku, dengan berkat Nabi Muhammad yang terpilih, Engkau sampaikanlah kiranya segala hajat-hajat kami dan ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu. Wahai Tuhan yang sangat luas kemurahanNya)






Qasidah Al Imam Muhammad Bin Said Al Bushiri (608-696H)

No comments:

Post a Comment