Bahagian 1: Kerinduan kepada Baginda dan negeri Madinah Al-Munawwarah (10bait)
Maulaya Solli Wa Sallim Daiman Abada
Ala Habibika Khairil Khalkhi Kul Lihimi
(Wahai Tuhanku, curahkanlah selalu selawat dan salamMu kepada kekasihMu (Muhammad) sebaik-baik makhluk keseluruhannya)
Ya Rabbi Bil Mustofa Balligh Makhasidana
Waghfir Lana Ma Madzho Ya Wasial Karomi
(Wahai Tuhanku, dengan berkat Nabi Muhammad yang terpilih, Engkau sampaikanlah kiranya segala hajat-hajat kami dan ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu. Wahai Tuhan yang sangat luas kemurahanNya)
Apakah kerana teringat jiran yang tinggal di Dzi Salam (nama tempat di sekitar Madinah Al Munawwarah) sehingga engkau cucurkan airmata bercampur darah yang mengalir dari matamu
Ataukah kerana tiupan angin kencang yang berhembus dari arah Khazimah( nama tempat di sekitar Madinah Al-Munawwarah) atau kerana sinaran kilat yang membelah kegelapan malam dari Gunung Idham (nama tempat di sekitar Madinah Al Munawwarah)
Kenapakah kedua matamu tetap mencucurkan airmata, walaupun telah engkau katakan: "Tahanlah....jangan menangis". Dan mengapa hatimu tetap resah dan gelisah padahal telah engkau katakan kepadanya: "Tenanglah....jangan gelisah"
Apakah orang yang dimabuk cinta menyangka, bahawa cinta kasih dapat disembunyikan di sebalik cucuran airmata dan kegelisahan jiwa??
Kalaulah bukan kerana dalamnya cinta, tidaklah akan bercucuran air mata kekasih dan fikiranpun selalu melayang sehingga tidak dapat tidur kerana mengingati pohon "Al Baan" ( nama pohon yang berbau wangi yang banyak terdapat di Madinah) dan gunung "Al Alam" (nama gunung di Madinah)
Bagaimana hendak disembunyikan lagi suatu cinta yang telah dibuktikan oleh saksi adil, berupa cucuran airmata dan badan yang derita menanggung rindu
Rindumu sudah tidak dapat disembunyikan lagi, bila telah terukir di kedua pipimu kesan merah cucuran air mata laksana ranting Anam ( nama pohon yang mempunyai cabang yang banyak dan berwarna kemerah merahan) yang bercabang dua dan bila tubuhmu kurus kerana gelisah
Ya, dikeheningan malam khayalanku jauh melayang kepada kekasih, sehingga nak tidur pun susah. Begitulah sebenarnya cinta apabila telah bertapak di dalam hati, ia akan menukarkan segala kelazatan kepada derita
Wahai orang yang mencelaku, tentang cintaku. Sepatutnya orang yang dimabuk cinta ini dimaafkan sahaja atas keterlanjuranya. Andainya engkau sedar tentang derita orang yang bercinta sudah pasti engkau tidak akan mencelanya
Sebenarnya keadaanku jelas di hadapanmu dan sudah tiada satu rahsia pun yang masih tersembunyi dari mata orang-orang yang mencelaku, sebagaimana derita cintaku tiada pernah berkurang
Maulaya Solli Wa Sallim Daiman Abada
Ala Habibika Khairil Khalkhi Kul Lihimi
(Wahai Tuhanku, curahkanlah selalu selawat dan salamMu kepada kekasihMu (Muhammad) sebaik-baik makhluk keseluruhannya)
Ya Rabbi Bil Mustofa Balligh Makhasidana
Waghfir Lana Ma Madzho Ya Wasial Karomi
(Wahai Tuhanku, dengan berkat Nabi Muhammad yang terpilih, Engkau sampaikanlah kiranya segala hajat-hajat kami dan ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu. Wahai Tuhan yang sangat luas kemurahanNya)
Qasidah Al Imam Muhammad Bin Said Al Bushiri (608-696H)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete